Monday, January 16, 2012

Berhenti Kerja di Tahun 2016 untuk Berniaga


Unic Trend printing shop - kedai kami


Tahun 2016 adalah tahun paling mencabar bagiku kerana aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja di usia separuh abad. Sebab utama berhenti kerja adalah kerana aku nak buat bisnes yang aku buat ni secara full-time.

Masa masih bekerja lagi aku dah tubuh satu syarikat. Nama syarikat aku ni Unic Trend. Korang mungkin tahu apa bisnes yang aku buat dengan berpandukan blog aku ni. Cetak T shirt.


mesin heat press untuk percetakan baju

Sebenarnya bisnes ni bisnes keluarga. Aku memulakan dengan part-time secara kecil-kecilan dirumah. Aku bersyukur kerana ada anak-anak dan isteri membantu perniagaan ini. Tanpa mereka bisnes aku ni takkan berjalan.Sebenarnya kekuatan perniagaan cetak T Shirt ni di tunjangi oleh anak laki-laki aku. Beliau amat berpengalaman dalam selok belok urusan pembikinan heat press T Shirt dan lain-lain.


Barang-barang lain pun ada jual sikit-sikit


Sekarang kami dah mempunyai premis sendiri walaupun berkongsi sebelah menyebelah dengan rakan. Selepas aku dah full-time, aku akan membesarkan premis sedia ada ataupun menambah satu lagi premis yang baru, Insyallah.


Antara koleksi baju Unic Trend





Nanti aku sambung menulis kerana hari ni hari pertama aku menulis dalam blog ni. Idea pun belum mau datang-datang lagi..

Harap maaf, nanti aku sambung cerita pengalaman aku yang best-best dalam blog ni nanti..

Salam.
Rahman.
Unic Trend Enterprise